MANILA - Seramai 21,000 ibu di Filipina menyusukan anak masing-masing secara serentak kelmarin dalam usaha untuk mencipta rekod dunia sekali gus menolak pandangan serong masyarakat berhubung aktiviti penyusuan di tempat awam.
Acara itu dianjurkan oleh sebuah pertubuhan yang menyokong penyusuan ibu di Filipina.
Ia diadakan di 1,000 buah bandar di seluruh negara tersebut yang kebanyakan penduduknya beragama Kristian.
"Apabila seorang wanita mendedahkan payudara untuk adegan seks dalam filem atau memakai baju jarang, perbuatan ini diterima oleh masyarakat," kata pengarah pertubuhan berkenaan, Nona Andaya-Castillo.
"Namun, apabila seorang ibu mendedahkan dada untuk menyusu anaknya orang ramai menganggap ia sesuatu yang jelik," tambahnya.
Acara kelmarin itu juga bertujuan untuk memecahkan rekod dunia Guinness World Record kategori tersebut yang dibuat pada tahun 2007.
Acara serupa yang dianjurkan pertubuhan tersebut mencatat penyertaan seramai 15,218 ibu. - Agensi
No comments:
Post a Comment