Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 4 December 2013

Bashar Didakwa Guna Senjata Kimia

ISTANBUL - Pihak penentang Syria semalam menafikan tuduhan pemerintah bahawa mereka menggunakan senjata kimia.
Tentera Pembebasan Syria (FSA) itu sebaliknya menyalahkan rejim Presiden Bashar Al-Assad berhubung serangan roket yang menyebabkan orang awam mengalami masalah pernafasan.
"Kami difahamkan tentera menyerang kawasan Khan Al-Assal di bandar Aleppo menggunakan peluru berpandu jarak jauh dan maklumat awal kami mendapati ia ialah senjata kimia," kata jurucakap FSA, Louay Muqdad.
"Banyak nyawa terkorban dan ramai yang cedera pula sukar bernafas," katanya di Istanbul.
Beliau menafikan dakwaan oleh agensi berita SANA bahawa FSA melancarkan beberapa roket mengandungi senjata kimia ke arah Khan Al-Assal yang meragut 15 nyawa.
"Kami tiada peluru berpandu jarak jauh atau senjata kimia dan jika ada pun, kami tidak akan membedil kumpulan kami sendiri," katanya.
Beberapa penganalisis tentera menyatakan, stok senjata kimia Syria adalah yang terbesar di rantau Asia Barat.
Lebih 70,000 orang terbunuh sejak penduduk bangkit menentang pemerintahan rejim Bashar pada Mac 2011 kerana menuntut demokrasi dan kebebasan bersuara. - AFP

No comments:

Post a Comment