Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday 7 December 2013

Tradisi makan daging anjing

Di Beijing, terdapat sebuah pasar besar yang dipenuhi dengan deretan anjing untuk dijual sebagai makanan...

KEBANYAKAN anjing bersaiz kecil dan comel dijadikan haiwan kesayangan manakala anjing yang bersaiz besar menjadi pilihan penggemar sajian eksotik di China.

JIKA anda seekor anjing di China, lebih baik anda berharap untuk menjadi haiwan comel yang dijual di kedai haiwan peliharaan.

Ini kerana jika dijual di pasar haiwan hidup, anda bakal menjadi bahan utama untuk hidangan daging stew anjing.
"Kami masih makan daging anjing, tetapi bukan jenis ini," kata Liu Ming, pekerja di kedai haiwan peliharaan merujuk kepada anak anjing berwarna tofi dengan telinga panjang yang dijual pada harga RM221 seekor.
"Sebaliknya, kami makan anjing yang lebih besar," ujarnya.
Menyimpan haiwan peliharaan telah menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat kaya di China walaupun sebahagian daripada mereka masih makan daging anjing dan kucing.
Kombinasi terhadap haiwan sebagai makanan dan haiwan peliharaan di China dianggarkan bernilai RM2.75 bilion pada tahun 2008, menurut Euromonitor International.
Secara kasar, ia meningkat lebih 15 peratus daripada jumlah yang diperoleh pada tahun 2007 iaitu RM2.4 bilion.
"Di China, semakin ramai warganya memelihara haiwan peliharaan. Ia tidak lagi sesukar sebelum ini," kata Liu sambil memberitahu kedainya yang terletak di pinggir jalan wilayah Guangzhou semakin dipenuhi pelanggan.
Satu perkara yang pasti ialah kepercayaan lama bahawa haiwan peliharaan sering dimanjakan sewaktu pemerintahan Mao Zedong sudah tidak dipraktikkan lagi dalam zaman peningkatan ekonomi ini.
Di bandar seperti Beijing, Shanghai dan Guangzhou, peningkatan taraf hidup yang semakin tinggi menyaksikan haiwan peliharaan terutamanya anjing dijadikan sebagai item fesyen, mencipta pakaian istimewa untuk mereka, diberi rawatan spa dan mewarnakan bulu mereka.
Trend ini menurut pakar, benar-benar berbeza dengan tradisi terhadap makan segala-galanya daripada ulat sutera hinggalah tenggiling.


"Di Beijing, terdapat sebuah pasar besar yang dipenuhi dengan deretan anjing untuk dijual sebagai daging (makanan)," kata kata Jill Robinson, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Haiwan-Haiwan Asia, sebuah badan amal untuk haiwan yang berpangkalan di Hong Kong.
Industri barangan palsu berjenama juga semakin berkembang maju di China termasuklah rekaan doggywear. Di Guangzhou contohnya, penjaja menjual barangan Louis Vuitton yang palsu di kaki lima jalan yang berdebu.
Terdapat hampir 11 juta haiwan peliharaan di China pada tahun 2007, di mana menurut Euromonitor International, jumlah itu telah meningkat daripada 10.8 juta pada 2006. Haiwan yang dipelihara termasuklah burung, ikan dan reptilia.
China menganggarkan terdapat kira-kira 150 juta anjing peliharaan di negara itu. Statistik bagaimanapun menunjukkan masih banyak haiwan peliharaan yang tidak didaftarkan oleh industri berkenaan.
Euromonitor meletakkan angka sebanyak 26.8 juta dan mengatakan China mempunyai 10.7 juta kucing peliharaan.
Meskipun kemunculan pembela haiwan peliharaan mengikut gaya barat, daging anjing masih popular sebagai masakan musim sejuk di sebahagian negara China.
Beijing mempunyai lebih 120 buah restoran yang menghidangkan daging anjing walaupun laporan media mengatakan bahawa banyak yang telah ditutup apabila bandar tersebut cuba mengubah imejnya sebelum menganjurkan Sukan Olimpik pada bulan Ogos ini.

JIKA anjing peliharaan menerima layanan mewah di salon, nasib segelintir anjing yang lain berakhir di pasar besar.

Dikenali sebagai daging yang berbau harum, daging anjing dikatakan mempunyai khasiat untuk melancarkan peredaran darah ketika musim sejuk.
Daging yang diambil dari ladang haiwan yang terdiri daripada pelbagai jenis baka anjing seperti St. Bernards dan sebagainya dihidangkan sebagai stew, dipanggang atau dihiris dalam periuk panas.

Ia menjadi kegemaran kebanyakan masyarakat China yang percaya dengan khasiat yang ada dalam daging anjing. - Reuters

No comments:

Post a Comment