SATTAHIP, Thailand - Seorang askar Amerika Syarikat (AS) merasai daging mentah seekor ular tedung di sebuah pangkalan tentera laut . Askar itu menggigit daging mentah ular tersebut manakala kulit haiwan tersebut dililitkan pada kepalanya. Kira-kira 13,000 anggota tentera daripada tujuh buah negara menyertai latihan ikhtiar hidup itu.
Anggota-anggota tentera Malaysia, Indonesia, Korea Selatan, Thailand, AS, Singapura dan Jepun menyertai latihan tersebut. Dalam latihan itu, askar-askar minum darah ular dan menggunakan tangan untuk memisahkan kepala ayam jantan daripada badan. Mereka turut memakan serangga. - Agensi
No comments:
Post a Comment