Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday 2 December 2013

Bandar Kuala Lumpur Pada Suatu Masa Dahulu

Ini adalah suasana di Bandar Kuala Lumpur suatu masa dahulu. Kalau kita lihat memang banyak perbezaan berbanding dengan bandar kuala lumpur yang sekarang. Dilihat dari segi kesibukan,Bandar kuala lumpur pada masa dahulu kelihatan tidak begitu sibut dan seperti sebuah pekan di kawasan-kawasan luar bandar.
Gambar-gambar suasana bandar kuala lumpur yang ditunjukkan dibawah begitu cantik dan tiada kesesakan lalu lintas tidak seperti suasana kuala lumpur sekarang. Tetapi bandar kuala lumpur kini jauh lebih membangun. Dulu banyak kawasan-kawasan yang masih kosong ditengah-tengah bandar. Tetapi sekarang tidak seperti dulu lagi, tanah-tanah kosong pada dahulunya telah dipenuhi dengan bangunan-bangunan pengcakar langit dan sangat padat.
Kita patut bersyukur dengan usaha yang gigih pemimpin-pemimpin terdahulu sehingga negara kita Malaysia menjadi sebuah negara yang penting dan terkenal di seluruh dunia. Pembangunan di Kuala Lumpur menunjukkan betapa gemilangnya Malaysia selepas mendapat kemerdekaan pada tahun 1957.

No comments:

Post a Comment