Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday 7 December 2013

IKAN TERBANG WUJUD SEBELUM BURUNG?

Ahli kaji purba China mendakwa, ikan terbang tertua di dunia telah wujud kira-kira 240 juta tahun dahulu atau 80 juta tahun sebelum kemunculan spesies burung.

Fosil ikan itu yang kini berada di muzium China telah direkod dan dikelaskan bagi menunjukkan tentang kewujudannya, lebih awal daripada jangkaan penyelidik.

Ikan prasejarah yang nama saintifiknya Potanichthys xingyiensis didakwa terbang bagi mengelakkannya menjadi buruan pemangsa.
 
Bagaimanapun, ikan yang hidup 50 juta tahun sebelum kemunculan dinosaur itu tidak mempunyai kaitan dengan ikan terbang yang hidup pada zaman moden, tetapi berevolusi untuk tujuan yang sama.

Kajian yang didedahkan oleh jurnal Proceedings of the Royal Society B dan diterbitkan hari ini juga menyatakan, ikan yang ditemui di China itu 27 tahun lebih tua berbanding spesies yang ditemui di Eropah.

Dr. Guang-Hui Xu dari Institut Paleontologi Vertebrat dan Paleontropologi di China berkata, ikan pelik itu dipercayai keturunan dinosaur kecil berbulu yang telah wujud sebelum burung.
 
Ikan yang ditemui pada tahun 2009 di China itu mempunyai ukuran 15 sentimeter panjang dan mempunyai empat sayap. - AGENSI
FOSIL IKAN TERBANG
TERPAKSA TERBANG MENGELAK DIMAKAN PEMANGSA
WUJUD SAMPAI SEKARANG
ANAK IKAN TERBANG
NELAYAN MENANGKAP IKAN TERBANG



No comments:

Post a Comment