Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Sunday, 1 December 2013

Israel Intip Panggilan


AMERIKA SYARIKAT . Beberapa negara dunia kini saling tuduh menuduh berhubung dakwaan pengintipan panggilan telefon dan mesej didedahkan kelmarin oleh pembocor program perisikan Amerika Syarikat (AS) Edward Snowden.

Terbaru, akhbar Le Monde melaporkan, Israel yang sebenarnya memintas lebih daripada 70 juta panggilan telefon dan mesej dalam sebulan di seluruh dunia sekali gus menolak tuduhan terhadap AS.

Bagaimanapun sehingga kini, Perancis terus menyalahkan AS terhadap perbuatan tersebut.

Tuduhan itu menyebabkan pegawai perisikan Perancis Bernard Barbier dan Patrick Pailloux diarah ke Washington untuk meminta penjelasan.

Ketika memberi penjelasan itu, AS memberi gambaran ia dilakukan oleh Perkhidmatan Perisikan Israel (Mossad).

Namun, jurucakap kerajaan Israel menyangkal tuduhan itu kerana menyifatkan Israel adalah rakan sekutu Perancis yang tidak menimbulkan ancaman keselamatan.

Sementara itu, ancaman intipan itu tidak menimbulkan kebimbangan buat Perdana Menteri India, Manmohan Singh.

Beliau berkata, dia tidak gusar kerana tidak memiliki telefon bimbit atau emel peribadi.

Kelmarin, Snowden mendedahkan, Washington didakwa memantau panggilan telefon 35 pemimpin di seluruh dunia menyebabkan Brazil dan Jerman mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengeluarkan satu resolusi bagi mengekang perbuatan tersebut, dipetik dari laporan AFP.

No comments:

Post a Comment