Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday 7 December 2013

Ngeri Makan ikan hidup-hidup



BADAN ikan ini telah digoreng kecuali bahagian kepala bagi membolehkan ia terus hidup semasa dimakan.

IKAN itu menggelupur semasa dikeluarkan dari akuarium sebuah restoran di Beijing, China. Seorang tukang masak kemudian membalut kepala ikan itu dengan sehelai kain basah agar ia boleh bernafas lebih lama.
Sambil berborak dengan rakan sekerjanya di dapur, lelaki itu mencelup dua pertiga daripada badan ikan seberat kira-kira 700 gram itu ke dalam minyak panas di dalam kuali.
Beberapa minit selepas digoreng, ikan itu masih hidup. Malah mulutnya tercungap-cungap semasa ia diletakkan di atas sebuah pinggan untuk dihidangkan kepada pelanggan restoran yang sudah sedia menanti. Mungkin untuk rasa yang lebih sedap, sos berperisa dituang ke atas badan ikan tersebut.
Nasib ikan-ikan lain yang ada di akuarium restoran berkenaan juga dipercayai bakal berakhir di atas meja hidangan dan dimakan hidup-hidup.

Mari kita lihat video ini.

Video mengenai hidangan pelik di China itu telah tersebar di laman YouTube pada tahun 2009 dan mencetuskan kritikan hebat masyarakat antarabangsa khususnya aktivis pencinta haiwan.
Rakaman itu menunjukkan beberapa orang yang bersedia menikmati ikan itu sedang ketawa sambil melihat ikan itu tercungap-cungap sebelum mereka mencubit isinya menggunakan copstik.
"Setiap orang yang waras akan terkejut melihat orang mempersendakan dan mendera seekor ikan yang hendak mati," kata seorang jurucakap kumpulan hak asasi haiwan yang berpangkalan di Amerika Syarikat, PETA.

No comments:

Post a Comment