Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 4 December 2013

Penganut Ajaran Sesat Bakar Buku Agama Sebagai Bukti Taubat!


Sebagai membuktikan taubat 'nasuha' mereka kepada JAIS, JAKIM dan masyarakat maka semalam pemimpin-pemimin GISB(Global Ikhwan Sdn Bhd) diketuai oleh Khadijah Am telah membakar buku-buku agama tulisan Almarhum Ustaz Ashaari Muhammad. Buku-buku AGAMA tersebut hasil tulisan al marhum Ustaz Ashaari Muhammad sejak zaman Arqam lagi.

Program bakar buku itu dijalankan di Bandar Country Homes, Rawang pada hari raya Haji kedua 16hb Oktober 2013 disaksikan oleh pegawai-pegawai polis, JAIS, bomba dan para wartawan. 

Khadijah Am, bekas balu kepada al marhum Ustaz Ashaari Muhammad, mengaku telah mengamalkan ajaran sesat selama ini dan kini ingin kembali ke pangkal jalan dan mengikut fatwa yang digariskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. Khadijah Am pernah ditahan di Mekah beberapa bulan yang lalu bersama-sama pengikutnya dan hampir-hampir dijatuhkan hukuman pancung di atas kesalahan mereka yang berat iaitu menyebarkan ajaran sesat kepada jemaah haji serta masyarakat sana.

Antara ajaran-ajaran sesat yang dibawa beliau:a. mengaku beliau sangat intim dengan Rasulullah SAW, selalu bercakap dengan baginda SAW dan menerima arahan-arahan baginda SAW dari masa ke semasa.b. mengaku dan mengisytiharkan dirinya sebagai 'wasilah' iaitu perantara antara manusia dengan Rasulullah SAW.c. menyakini bekas suaminya yang telah meninggal belum mati tapi hanya ghaib dan akan muncul semula sebagai pemimpin besar di dunia ini. 

Bahkan beliau mengaku selalu 'berjimak' secara roh dengan bekas suaminya.d. memisahkan suami dan isteri, anak dan ibu ayah, memberi kuasa kepada isteri untuk menceraikan suami atau lari dari suami jika suami enggan mengikut isteri bersama perjuangan Khadijah Am.e. menggunakan wang kutipan anak-anak yatim dari 81 buah rumah amal untuk kebajikan Khadijah Am sekeluarga serta pemimpin-pemimpin jemaah mereka. Sedangkan kebajikan ahli-ahli biasa serta anak-anak yatim terabai sama sekali.

Tapi kini Khadijah dan pengikut-pengikutnya mengisytiharkan secara rasminya telah meninggalkan segala ajaran karut marut mereka dan ingin kembali ke pangkal jalan dan menjalani kehidupan sebagai orang mukmin sebenar. Diharap masyarakat dapat memberi kerja sama untuk membimbing mereka ke jalan yang benar dan bukan hanya lakonan semata-mata.

No comments:

Post a Comment