Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday, 5 December 2013

Penyepit Makanan Tetusuk Di Hidung


Jangan membiarkan anak bermain dengan penyepit makanan. Seorangkanak-kanak berusia 14 bulan di China harus melakukan pembedahan bedah saraf kerana sebatang penyepit makanan masuk ke hidungnya tembus hingga ke dalam otak bahagian depan. Li Jingchao yang berasal dari daerah Shandong, di timur China dirawat di Bo Ai Hospital, Beijing akibat infeksi yang disebabkan sumpit yang tertancap di hidungnya dan tembus sepanjang 4 milimeter ke otak bahagian depan.Ketika ibunya sedang mencuci pinggan di dapur. 

Saat itu pula Jingchao terjatuh dan sumpit tertancap ke hidungnya. Kerana hosital setempat tidak memiliki teknologi yang cukup untuk mengeluarkan penyepit dari otaknya, ibu terpaksa menempuh perjalanan 10 jam ke Beijing dengan menggunakan mobil, setelah terjadi kecelakaan tersebut pada anaknya. Jingchao tiba di hospital dalam keadaan demam tinggi dan denyut jantung yang tidak teratur. Para doktor terus menyiapkan operasi bedah saraf untuk mengeluarkan penyepit yang tembus hingga ke kepalanya itu. 

Doktor mengatakan, jika penyepit yang masuk ke otak sepanjang 4 milimeter tidak berhasil dikeluarkan, maka akan terjadi pendarahan hebat dan kelumpuhan otak bahkan kematian. Penyepit itu berjaya dikeluarkan tetapi kanak-kanak itu terus berada di wad bagi mengelakkan daripada infeksi berlaku.

No comments:

Post a Comment