Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday 5 December 2013

Siapa Jaga Enam Beradik?

SHAH ALAM – Nasib enam beradik terbiar kelaparan yang dilaporkan Sinar Harian 6 Oktober lalu akan ditentukan oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor hari ini, bagi memutuskan siapa yang layak menjaga mereka.

Siapa jaga enam beradik?

Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata, perkara itu dirujuk ke mahkamah bertujuan untuk mendapatkan Perintah Perlindungan Sementara bagi enam bersaudara itu.

“Sementara itu, kedua-dua ibu bapa mereka akan diberikan khidmat kaunseling supaya sedar akan kesalahan dan pengabaian anak-anak yang tidak berdosa itu,” katanya ketika sidang media, di sini, semalam.

Rodziah turut memaklumkan, salah seorang daripada enam beradik berkenaan mempunyai masalah kelainan upaya melibatkan deria penglihatan akibat demam panas.

“Manakala anak sulung yang berusia sembilan tahun tidak pernah mendapat pendidikan kerana masalah keperitan hidup kesan daripada tiada sumber pendapatan tetap. Rumah yang didiami mereka juga dibina atas ihsan kerajaan negeri melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS),” katanya.

Menjadikan kes berkenaan sebagi satu pengajaran kepada masyarakat, beliau mahu jiran tetangga lebih prihatin dan sensitif dengan persekitaran supaya insiden pengabaian anak, keganasan rumah tangga dan pelbagai jenayah keluarga tidak berulang lagi.

Katanya, masyarakat wajar memainkan peranan apabila ibu bapa yang diamanahkan ALLAH itu tidak boleh menjalankan tanggung jawab mereka.

“Tidak perlu tunggu sehingga perkara ini menjadi tajuk utama akhbar baru ‘bunyi’ untuk hulur bantuan dan bertindak. Sepatutnya apabila dengar sahaja perkara seumpama ini wujud dalam kawasan kejiranan segeralah berhubung dengan pejabat Dun,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menggesa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia (KPWKM) yang bercadang melantik semula senator OKU agar diupayakan sebaik mungkin.

“Pelantikan seorang senator OKU tidak mencukupi untuk melaksanakan visi dan misi semata-mata tetapi lebih kepada memberdaya OKU dan mengurusutamakan ketidakupayaan.

“Kehadiran anggota Dewan Negara dari kalangan OKU adalah diharapkan dapat mengetengahkan sensitiviti dan isu golongan OKU dengan lebih berkesan,” katanya.

Rodziah yang juga Adun Batu Tiga berkata, Majlis OKU Selangor juga ada menyenaraipendek beberapa individu yang layak.

No comments:

Post a Comment