Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday 25 January 2014

Pelik! Pad Seluar Dalam Untuk Menghilangkan Bau Kentut?

Fuh Pelik! Pad Seluar Dalam Untuk Menghilangkan Bau Kentut? dengan pad seluar dalam penyahbau mampu kurangkan bau kentut ini, anda tidak perlu lagi risau.

Kentut merupakan perkara biasa bagi seseorang yang mempunyai kesihatan normal. Namun kentut di tempat awam sememangnya tidak sopan dan merupakan perbuatan yang memalukan. Tapi anda tidak perlu risau untuk kentut dimana-mana dengan adanya produk yang teramat lah sangat peliknya ini.
Nah, dengan pad seluar dalam penyahbau yang mampu mengurangkan bau kentut ini, anda tidak perlu lagi risau.
Untuk mengurangkan pencemaran udara dan meneutralkan bau gas kentut, Flat-D, syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat telah menghasilkan inovasi yang sangat kreatif dan genius dengan menghasilkan pad seluar dalam istimewa.
Digelar ‘Flat-D Flatulence Deodorizer’, pad pelekat yang nipis ini dilapik dengan lapisan arang dan dipakai di dalam seluar dalam, sebelah bahagian dalam punggung. Ianya membantu untuk menyerap bau gas dan menyelesaikan masalah kentut berbau.
pad kentut 2 Fuh Pelik! Pad Seluar Dalam Untuk Menghilangkan Bau Kentut?
Pad seluar dalam penyahbau ini sesuai untuk dipakai lelaki mahupun wanita dan didatangkan dalam versi pakai buang mahupun cucian semula. Ala-ala pampers pulak dah.
Sekarang, anda tidak perlu lagi risau untuk menahan kentut di tempat awam dan bolehlah kentut dengan senang hati dan penuh nikmat, tanpa menyumbang kepada pencemaran udara dan ganggu gugat kepada orang ramai. – Sumber

No comments:

Post a Comment