Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Friday 24 January 2014

Dua Pelajar UiTM Macang Mati Lemas Ketika Berkelah

Dua Pelajar UiTM Macang Mati Lemas Ketika Berkelah. Dua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Machang ditemui mati lemas ketika berkelah
 Seperti yang diketahui, ketika ini IPTA seluruh malaysia sedang cuti semester. Pastinya para pelajar tidak melepaskan peluang ini untuk bercuti bersama keluarga tercinta mahupun bersama rakan-rakan dan kenalan.
Namun harus diingatkan, berhati-hatilah ketika melakukan apa-apa aktiviti berbahaya. Terkini, 2 orang pelajar UiTM maut selepas lemas di Jeram Lintang, Machang. Ikuti laporan penuh dipetik dari Bernama.
MACHANG: Dua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Machang ditemui mati lemas ketika berkelah di pusat peranginan Jeram Linang di sini..
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang Zulkifli Osman berkata mayat Wan Khairul Arifin Abdullah, 19 dan Ahmad Izzad Zakaria, 19 ditemui jam 8.36 malam tadi, tidak jauh dari mereka mandi.
“Khairul yang berasal dari Kampung Durian Rendang, Ketereh dan Ahmad Izzad berasal dari Kampung Atas Banggol, Kota Baharu, berkelah di situ bersama rakan-rakannya,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.
Kawasan perkelahan itu terletak kira-kira lima kilometer dari Kampus UiTM itu dan sering menjadi lokasi pelajar kampus berkenaan berkelah terutama pada hujung minggu.
Zulkifli berkata kedua-dua mayat pelajar terbabit ditemui 13 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Machang dengan dibantu Unit Skuba Kota Baharu selepas operasi mencari mangsa dilancarkan sebaik menerima panggilan pada pukul 6.55 petang, semalam.
Katanya kejadian itu dikatakan berlaku apabila seorang daripada mangsa cuba membantu rakannya yang lemas namun kedua-duanya tenggelam dalam arus sungai yang deras dengan kedalaman melebihi lima meter.
Beliau berkata kawasan berkenaan sememangnya merbahaya kepada mereka yang suka mandi-manda dan pihak berkuasa telah memasang papan amaran, namun ramai masih tidak mengendahkannya.
Zulkifli berkata mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Machang di sini untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga mereka untuk dikebumikan. – BERNAMA
Takziah kepada keluarga mangsa. Semoga berita ini menjadi pengajaran kepada semua terutamanya kepada yang ingin mengikuti aktiviti-aktiviti berbahaya.

No comments:

Post a Comment