Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 29 January 2014

Tips Dan Panduan Menghafal Muka Surat Setiap Juzuk Al-Quran

Tips Dan Panduan Menghafal Muka Surat Setiap Juzuk Al-Quran. Tips ini sesuai diaplikasikan kepada Al-Quran cetakan biasa sahaja

Tadi Admin ada terbaca satu artikel yang sangat bermanfaat dari blog milik oh! media iaitu ohislam.com. Apa salahnya kalau artikel ilmiah dikongsi bersama-sama ye dak? Jom kita baca tips atau cara mudah untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Subhanallah. 

p/s: Tips ini sesuai diaplikasikan kepada Al-Quran cetakan biasa
Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzu’ 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 10 adalah pada halaman 182
Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, memang menakjubkan. Ajarkan pada anak-anak kecil agar mereka sentiasa membaca Al-Quran.

No comments:

Post a Comment