Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday 27 January 2014

PTPTN Tidak Teruskan CCRIS – KJ

PTPTN Tidak Teruskan CCRIS, Peminjam PTPTN tidak akan disenaraikan dalam CCRIS, Khairy Jamaluddin bidas isu PTPTN dan CCRIS

Berita baik kepada peminjam-peminjam PTPTN setelah Khairy Jamaluddin mewakili belia dan anak muda bersuara berkenaan Isu ini. Ikuti laporan penuh yang dipetik dari Sinar Harian

SHAH ALAM – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini menyatakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)  tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam ingkar di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat CCRIS.
Menerusi kenyataan beliau yang dipetik dalam akaun Facebooknya (FB) keputusan itu dilakukan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan, hari ini.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Kementerian Pendidikan yang telah mendengar pandangan golongan muda.
“Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri.
“Alhamdulillah, PTPTN tak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah CCRIS.
ptptn ccris PTPTN Tidak Teruskan CCRIS   KJ
“Terima kasih kepada PM dan menteri-menteri pendidikan kerana mendengar suara orang muda,” tulisnya.
Semalam, Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno turut membantah tindakan menyenaraikan peminjam PTPTN disenaraikan di bawah CCRIS.
Sehubungan itu, Khairy telah menyampaikan pandangannya mengenai perkara itu kepada Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh .
Hmm, nak kena orang sendiri bersuara baru jalan. Apa-apa pun para peminjam PTPTN pastinya lega mendengar berita ini. Terima kasih kepada KJ kerana keprihatinan anda.

No comments:

Post a Comment