Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday 27 January 2014

Fuh! Anak Patung Yang Ada Bahan Kimia Penyebab Barah

bahan mainan beracun

dmin sebagai seorang bakal guru, selalu digalakkan untuk membiasakan diri dengan penggunaan kaedah permainan dalam proses mengajar terutamanya bagi murid sekolah rendah. Kami juga dinasihatkan agar berhati-hati dalam memilih barang mainan pembelajaran yang sesuai supaya tidak memudaratkan pelajar misalnya barang yang tajam.
Rasa takut pula bila timbul berita bahawa terdapat bahan mainan yang ada bahan kimian penyebab kanser dalam bahan buatannya. Semoga para ibubapa dan guru berhati-hati supaya tidak tersalah pilih bahan mainan yang membahawakan anak-anak kecil.
bahan mainan dengan kimian penyebab barah 300x200 Fuh! Anak Patung Yang Ada Bahan Kimia Penyebab Barah
Anak patung yang mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan barah, ketidaksuburan bagi lelaki dan kecacatan bayi sebelum lahir telah dirampas daripada sebuah kedai. Anak patung yang mempunyai kepala berbentuk buah-buahan seperti strawberi, epal, tomato dan blackcurrant tersebut dirampas setelah pemeriksaan menunjukkan padanya terdapat phthalates yang berbahaya.
Bahan mainan yang sangat comel dengan warna yang terang itu dilaporkan dijumpai dijual di sebuah kedai di Gilingham pada awal tahun ini dan seterusnya telah diharamkan penjualannya di seluruh Eropah.
Ian Gimore, Medway Concil Trading Standard, memberitahu bahawa ujian BBC pada 4 anak patung mencatatkan keputusan positif. Beliau menambah lagi,”Mereka menjadi satu masalah yang berterusan terutamanya semasa Krismas kerana anak patung itu agak menarik untuk dijadikan hadiah.”
Peruncit yang mempunyai anak patung itu digesa untuk memulangkannya kembali secepat mungkin. Sesiapa yang pernah membelinya dengan niat yang baik tetapi gagal menyerahkannya, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sehingga 6 bulan penjara dan denda sebanyak £5,000 kerana melanggar peraturan keselamatan permainan.
Moga semua yang terlibat dengan permasalahan ini mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menyelesaikan masalah yang cukup besar apabila melibatkan nyawa manusia dan barah. Semoga juga kilang yang menghasilkan barang mainan akan lebih berhati-hati selepas ini agar tidak mengalami kerugian. Wassalaam.


Sumber: Fuh! Anak Patung Yang Ada Bahan Kimia Penyebab Barah | Fuh.My 

No comments:

Post a Comment