Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday 27 January 2014

Upacara Pengkebumian Tertutup Untuk Paul Walker

paul walker kemalangan

Ternyata kematian Paul Walker dalam sebuah kemalangan beberapa minggu yang lalu sangat memberi kesan kepada dunia, terutamanya kepada ahli keluarga dan sahabat terdekatnya.
Teacher Muja pun terasa jugak kehilangan beliau sebab pernah menonton lakonan hebatnya dalam Fast & Furious walaupun tidaklah minat sangat. Abu mayat pelakon ini dikebumikan di Holywood’s Forest Lawn Memorial Park
paul walker mati 300x199 Upacara Pengkebumian Tertutup Untuk Paul Walker
Ahli keluarga dan sahabat terdekat aktor itu yang masih berkabung menghadiri sebuah pengkebumian kecil dan agak tertutup. Mereka yang hadir pengkebumian tertutup itu berkumpul di bawah pelindung hijau untuk mengelak dari sinaran Matahari yang cerah pada hari itu. Terlihat juga gambar pelakon itu.
Majlis yang dikehendaki sangat tertutup itu berlangsung selama 45 minit selepas 2 minggu Paul Walker yang berusia 40 tahun mati. Guru Jiu-Jitsu Paul, Richard Miller, yang membimbingnya dalam sukan kombat selama 9 tahun semasa bekerja untuk pembikinan filem Fast & Furious, telah memperingati sahabatnya itu dengan mengurniakannya sebuah tali pinggang hitam kehormat.
Paul Walker Funeral 2928320 300x199 Upacara Pengkebumian Tertutup Untuk Paul Walker
Richard menulis pada laman peribadinya, “Paul sangat berazam untuk mempunyai tali pinggang hitam. Dia pernah berkata,”Saya akan mendapat tali pinggang hitam saya, walaupun saya perlu mendapatkannya di dalam keranda. Sekarang, dengan bangunnya dia daripada matinya, saya ingin menghadiahkan Paul Walker tali pinggang hitam yang dia sangat mahukan semasa hidupnya.”
Kata ahli keluarga dan pakar aksi, kemalangan tragik itu mungkin berpunca daripada bonggol jalan. Pakar pembinaan semula kemalangan memberitahu bagaimana sebuah kereta yang menghampiri 90MPH boleh kehilangan daya tarikan setelah mencecah penanda plastik reflektif.
Porsche yang sedang dibawa laju mungkin telah menjadi hidroplane (dibawa seperti sebuah motobot di atas permukaan air) di atas penanda tersebut yang dinamakan Botts’ Dots, yang diletakkan untuk memisahkan dua laluan jalan.
Apabila bersentuhan, pengawalan kereta menjadi sangat terjejas dan pemandu akan berasa seperti memandu sebuah kereta sport di atas ketulan ais. Pakar aksi juga percaya hal ini boleh menerangkan kenapa pemandu, Roger Rodas, telah hilang kawalan belakang roda, kata TMZ.
Pengajarannya di sini adalah, kita haruslah berhati-hati di jalan raya kerana perbuatan memecut mengikut rasa sememangnya membawa bencana. Apabila nyawa dijaga, barulah kita boleh berserah kepada Allah dengan apa sahaja yang mungkin terjadi. Kalau Allah mahukannya, biar bagaimana baik sekali pun kita memandu, perkara yang tidak diingini pasti akan berlaku.
Apa-apa pun, jagalah anugerah nyawa yang Allah kurniakan dengan sebaik mungkin. admin sendiri selalu kelam kabut di atas jalan raya tetapi sedang berusaha untuk menjadi pemandu yang lebih baik. Wassalaam.

No comments:

Post a Comment