Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday 27 January 2014

Peminat Fast And Furious Bakar Kereta Sebagai Penghormatan Terakhir

kereta fast and furious kena bakar

Ini satu lagi kisah paling tak masuk akal yang melibatkan kefanatikan seorang peminat. Tak sayang ke kereta yang dibeli dengan harga beratus-ratus ribu, entah-entah makan juta-juta, dibakar semata-mata untuk memberikan penghormatan terakhir artis yang diminatinya. Keluarga artis pun tak buat begitu, korang sapa nak melebih pulak?
Paul Walker Fast and Furious car set on fire 2934149 300x199 Peminat Fast And Furious Bakar Kereta Sebagai Penghormatan Terakhir
Gambar di atas adalah semasa peminat Fast And Furious membakar kereta sendiri setelah memanaskannya selama 20 minit sebagai penghormatan terakhir buat pelakon Paul Walker.
Kereta Ford Focus tersebut meletup di hadapan penonton yang terkejut semasa mereka memberikan penghormatan terakhir kepada pelakon berusia 40 tahun itu di sebuah tempat letak kereta di Beach Boulevard Retail Park di Aberdeen.
Selepas terjadinya kejadian yang mendapat tepukan gemuruh daripada orang ramai itu, kawan-kawan kepada manusia tidak bernama itu dilaporkan telah melabelkan mereka sebagai ‘bodoh’ kerana ahli bomba terpaksa dipanggil untuk memadamkan api yang dicipta sendiri itu.
Ahli majlis awam Andrew May memberitahu Daily Mail,”Saya tidak boleh faham dengan mentaliti seorang manusia yang akan melakukan perkara sebegitu. Ia adalah sangat nasib baik apabila sesiapa sahaja yang melakukan pemanasan enjin (revving) tidak cedera.”
“Saya memang tidak akan faham kenapa seseorang boleh melakukan perkara itu. Jika kereta tersebut adalah kepunyaan orang yang melakukannya, tak pe- mungkin mereka akan mempelajari sesuatu.”
Paul Walker telah terbunuh semasa kereta yang dinaikinya berdepan dengan kemalangan dan terbakar pada 30 November. Dia dikebumikan pada hari Sabtu.
Seorang jurucakap untuk Track and Street Grampian melaporkan yang mereka yang berkabung melabelkan penunggang motosikal tersebut sebagai ‘bodoh’ dan mereka ‘dimalukan’.
Dia menambah lagi “Kerana haba yang berlebihan dan perangai bodoh di pihaknya, kereta itu terbakar. Ia adalah salahnya”.
Peminat pun peminat juga, tapi patut ke sampai tahap ni????

No comments:

Post a Comment