Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday 27 January 2014

Rumah Terbakar – Lambaian Terakhir Seorang Wanita Sebelum Maut

Rumah Terbakar - Lambaian Terakhir Seorang Wanita Sebelum Maut. Bertapa pilunya hati seorang ibu apabila melihat lambaian terakhir anaknya dalam kebakaran

Innalillah. Bertapa pilunya hati seorang ibu apabila melihat lambaian terakhir anaknya dalam satu kebakaran. Ikuti berita penuh yang dipetik dari myMetro.

Sik: Seorang remaja perempuan ditemui rentung maut manakala abangnya cedera dalam kebakaran di kediaman mereka di Kampung Changhai Mukim Jeneri di sini, kira-kira jam 4.30 pagi tadi.
Ketika kejadian mangsa, Siti Aishah Hasanah, 16, dan ibu bapa serta abangnya berusia 19 tahun sedang tidur di bilik masing-masing.
Menurut ibu mangsa, Normah Zainon, 51, dia dan suami, Che Ani Mat Isa, 59, terjaga daripada tidur sebaik mendengar anak lelakinya, Mohd Firdaus Izwan Che Ani,19, menjerit memanggil adiknya.
“Kami nampak Siti sedang meminta tolong melalui tingkap biliknya, namun kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana api sedang marak,” katanya.
Menurut Ketua Balai Bomba Sik, Faizol Izwan Hang Tuah, pihaknya menghantar seramai 10 anggota bagi memadamkan kebakaran berkenaan.
“Pihak bomba menerima panggilan pada 4.53 pagi sebelum tiba lokasi kejadian pada 5.10 pagi dan api sedang marak.
“Pihak kami mengambil masa 30 minit untuk memadamkan api sepenuhnya,” katanya. – myMetro

No comments:

Post a Comment