Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday 27 January 2014

Gambar Puting Beliung Di Johor Dan Singapura

Gambar Puting Beliaung Di Johor Dan Singapura. Fenomena Puting Beliung, Berita Puting Beliung Di Johor Bahru, Johor Bahru Dilanda Puting Beliung

Satu fenomena seolah-olah puting beliung dilaporkan dilihat di sekitar Johor dan Singapura hari ini.
Berita tersebut tersebar dengan meluasnya di laman media sosial sejak petang tadi.
Ramai yang melihat kejadian itu sempat merakamkannya dan berkongsi gambar-gambar itu sejurus ia terjadi.
Peristiwa itu juga sempat dirakamkan oleh seorang warga Johor, Azman Badaruddin yang berkongsi pengalaman.
Walaubagaimanapun, Pusat Cuaca Nasional menafikan bahawa peristiwa tersebut adalah puting beliung.
Sebaliknya, Ketua Penolong Pengarah jabatan itu, Amirzudi Hashim berkata ia adalah fenomena ‘belalai air’.
“Fenomena ini amat biasa berlaku di Malaysia. Ia biasanya berlaku di kawasan perairan disebabkan kumules awan yang besar,” katanya kepada Astro AWANI.
Amirzudi berkata selalunya, ‘belalai air’ itu tidak akan sampai ke darat.
“Ia memerlukan kelembapan yang tinggi. Oleh sebab itu, ia biasanya akan bermula dan mati di kawasan perairan,” katanya.
Namun demikian, Amirzudi berkata belalai air boleh mencederakan orang ramai jika didekati.
“Saya nasihatkan para nelayan dan sesiapa yang berada di sekitar kawasan tersebut untuk jangan cuba menghampiri belalai air,” katanya.
puting beliung johor Gambar Puting Beliung Di Johor Dan Singapuraputing beliung johor 1 Gambar Puting Beliung Di Johor Dan Singapuraputing beliung johor 2 Gambar Puting Beliung Di Johor Dan Singapuraputing beliung johor 4 Gambar Puting Beliung Di Johor Dan Singapuraputing beliung johor 5 Gambar Puting Beliung Di Johor Dan Singapuraputing beliung johor 6 Gambar Puting Beliung Di Johor Dan Singapura

No comments:

Post a Comment