Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Sunday 12 January 2014

Chef Wan naik angin gara-gara menu Nyonya Laksa rasa makjun??

Chef kafe hotel terkenal di ibu negara tersalah langkah menghidangkan makanan tak sedapnya kepada pakar.

Che Wan berang kerana menu Nyonya Laksa yang dipesannya terasa makjun. Menu yang tak asli dan dicaj sebanyak RM40 setiap hidangan. Berang sehingga menyiarkan gambar nyanyo laksa makjun di laman Instagramnya.



Selepas tak berpuas hati dia menemui pengurus kafe berkenaan supaya mengambil tindakan tentang perkara tersebut.

“Saya begitu kecewa dengan menu Nyonya Laksa dari Mandarin Oriental, bukan sahaja versi ia dilihat sebagai Mee Kari yang telebih rempah dan rasa macam Makjun tetapi resipinya juga salah, saya memanggil pengurus restoran dan memaklumkannya perkara ini.”



“Untuk semangkuk harganya RM40 saya tidak boleh menerimanya, mereka mesti menyediakan Nyonya Laksa yang sebenar,” tulisnya.

Masih lagi tak berpuas hati, Chef Wan menyiarkan gambar menu klasik Nyonya Laksa yang sebenar daripada buku beliau The Best Of Chef Wan Taste Of Malaysia. Buku yang memenangi anugerah World Gourmand Best TV Chef Cookbook di Paris April lepas.

No comments:

Post a Comment