Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 8 January 2014

Dibaling gelas, Johan Raja Lawak menang tuntutan saman!

Pelawak, pelakon dan pengacara Johan (Raja Lawak) atau nama sebenarnya  Mohamad Yazid Lim Mohamad Aziz berjaya memenangi tuntutan saman daripada Juara Film Production Sdn. Bhd. dan pengarah, Mohd. Javed Mohd. Nizar.

Ia diputuskan hakim Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Su Geok Yiam hari ini dan menetapkan 23 Januari depan bagi menentukan jumlah ganti rugi yang harus dibayar oleh pihak defendan selepas plaintif menuntut RM1 juta dalam saman berkenaan sebelum ini.



Mahkamah juga mengarahkan defendan untuk mengeluarkan kenyataan maaf terhadap plaintif secara terbuka menerusi media cetak dan elektronik.

Permohonan defendan yang membuat tuntutan balas terhadap Johan dengan menuntut wang RM2 juta juga dibatalkan.

Tuntutan saman yang dibuat Johan kerana kecederaan di dahi yang dialaminya selepas dibaling gelas kaca menyebabkan kecederaan di dahi pada Mei 2010.

Akibat kecederaan tersebut dia menerima lima jahitan pada dahinya itu.

No comments:

Post a Comment