Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday 9 January 2014

Dibelasah sampai berdarah kerana menegur suami memipit dengan betina lain di ruang tamu

Hanya kerana menegur perbuatan suami berasmara dengan wanita lain di ruang tamu rumah mereka, seorang suri rumah berusia 32 tahun terpaksa menerima tiga jahitan di kepala selain lebam di badan akibat dibelasah lelaki berkenaan, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa yang tidur dikatakan terjaga apabila mendapati suaminya yang berusia 37 tahun tiada di sisi selain terdengar bunyi bising di ruang tamu lalu keluar dari bilik utama untuk meninjau.

Ketika itu, mangsa dikatakan melihat suaminya berasmara dengan seorang wanita muda lalu menegur dan memarahi lelaki terbabit.

Menurut sumber, berikutan itu, mangsa dibelasah hingga lebam di badan dan menerima tiga jahitan di kepala.



“Mangsa mulanya tidur, tetapi terjaga apabila terdengar bunyi bising di ruang tamu rumahnya sebelum keluar dari bilik untuk melakukan pemeriksaan dan tergamam apabila melihat suaminya asyik berasmara dengan wanita yang dikenali mangsa.

“Mangsa menegur suaminya menyebabkan lelaki terbabit dan kekasihnya terdiam. Mangsa yang kecewa dengan perbuatan suaminya memarahi lelaki itu dan tindakan itu mengundang kemarahan suaminya sebelum suspek memukul mangsa.

“Suri rumah itu dilaporkan ditampar, diterajang selain kepalanya dihentak ke dinding rumah. Mangsa dilaporkan diperlakukan demikian lebih 10 minit,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu hanya berhenti memukul mangsa apabila melihat kepala wanita terbabit berdarah.

“Suspek dan kekasihnya meninggalkan rumah dan mangsa yang cedera bergegas ke hospital berhampiran rumahnya.

“Mangsa menerima tiga jahitan di kepala selain lebam di badan,” katanya sambil memberitahu mangsa membuat aduan di Balai Polis Dang Wangi di sini.

Dalam laporannya, mangsa mendakwa kejadian dipukul suaminya itubukan pertama kali berlaku, sebaliknya mangsa yang mendirikan rumah tangga dengan lelaki itu sejak dua tahun lalu dan mempunyai seorang anak perempuan berusia lapan tahun mendakwa sering dipukul lelaki berkenaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut masih dilakukan.

No comments:

Post a Comment