Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 8 January 2014

Dua Mayat Boleng Dalam Kereta..

Seorang isteri menemui mayat suaminya bersama seorang wanita, kedua-duanya bogel di dalam sebuah kereta dalam premis perniagaan di Jalan Lapangan Siber 9, Bandar Siber, di sini, malam kelmarin.

Berdasarkan MyKad, mangsa lelaki dikenali sebagai Loke Yoke Kim, 58, seorang ahli perniagaan, manakala mangsa wanita, Yan Wai Leng, 51.

Kedua-dua mayat ditemui selepas wanita itu mengambil keputusan ke premis perniagaan milik suaminya itu sekitar jam 9 malam dan melihat kepulan asap keluar dari premis itu.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam berkata, sebelum itu isteri mangsa dikatakan mencari suaminya selepas tidak pulang ke rumah sejak enam petang Khamis lalu.



“Isteri mangsa membuat laporan polis jam 7.55 petang berikutnya sebelum mencari mangsa di sekitar bandar raya ini, termasuk di pejabat suaminya.

“Menurut isteri mangsa, sejurus sampai di premis berkenaan, dia melihat asap keluar dari premis terbabit dan menemui kereta jenis Proton Wira milik suaminya dalam keadaan enjinnya masih hidup dengan penyaman udara terpasang,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di tempat kejadian, kelmarin.

Katanya, isteri mangsa membuat pemeriksaan dan mendapati suaminya bersama seorang wanita lain sudah tidak sedarkan diri dalam keadaan bogel dan kemudian memaklumkan kepada polis.

“Kedua-dua mangsa terbabit disahkan meninggal dunia apabila polis sampai ke tempat kejadian.

Paramasivam berkata, polis sedang siasat sama ada ia mempunyai unsur jenayah atau tidak.

“Siasatan awal kita dapati mayat kedua-dua mangsa tidak mempunyai sebarang kecederaan dan kita menunggu laporan forensik sebelum siasatan lanjut dijalankan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, yang dihubungi media semalam berkata bedah siasat mendapati kedua-dua mangsa mati mengejut.

“Bedah siasat mendapati pasangan itu meninggal berpunca daripada keracunan karbon dioksida.

“Sampel darah kedua-dua mangsa akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk ujian esok,” katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada media.

Menurut beliau, mayat kedua-dua mangsa sudah dituntut ahli keluarga masing-masing untuk upacara pengebumian.

No comments:

Post a Comment