Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 8 January 2014

Gambar dan video MB Mat Said bantu mangsa kemalangan

Kemalangan yang berlaku di Seri Bandi, Kemaman yang membabitkan kereta Proton Perdana dengan Perodua Viva. Kedua-dua mangsa cedera dan seorang daripada mangsa kemalangan itu turut tersepit dalam kereta.

Mat Said, MB Terengganu yang kebetulan melalui jalan tersebut untuk menghadiri program penyampaian bantuan Dana Bakti Remaja di Dewan Sivik Kijal, Kemaman jam 3.45 meminta pemandunya memberhentikan kenderaan untuk membantu.



Setiausaha Akhbar Menteri Besar Rosli Zakaria berkata, Ahmad Said cuba menyelamatkan mangsa termasuk membantu mengeluarkan mangsa tersepit di dalam kereta.

“Tetapi, mangsa itu tidak dapat dikeluarkan kerana keadaannya tersepit dan parah. Namun, beliau memberi kata semangat kepada mangsa yang menahan kesakitan.





“Kenderaan milik beliau juga digunakan untuk menghantar mangsa ke Hospital Kemaman bagi mendapatkan rawatan,” katanya dipetik Harian Metro.

No comments:

Post a Comment