Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday 7 January 2014

JAIS minta mangsa tampil beri maklumat

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak menolak kemungkinan geng jubah hitam yang melakukan upacara pemujaan ke atas seorang remaja dikenali sebagai Azmi, 19 , di Rawang, 1 Januari lalu adalah pengikut ajaran sesat.
Menurut jurucakap JAIS, pihaknya akan mengumpul maklumat berkaitan kegiatan kumpulan itu dan memerlukan kerjasama daripada remaja terbabit supaya tampil ke pejabat JAIS untuk membuat aduan.

“Kami akan mengambil keterangannya untuk mengetahui keadaan sebenar tambahan ia membabitkan upacara pemujaan yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam dan membahayakan masyarakat.
“Kegiatan kumpulan terbabit jelas terpesong akidah dan perlu dicegah, namun kita memerlukan remaja terbabit tampil bagi membolehkan kita menjalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, JAIS memandang serius perkara ini kerana dibimbangi akan menyebabkan lebih ramai yang terpengaruh dan aduan daripada orang awam amat penting sebagai prosedur untuk menjalankan siasatan.

Harian Metro semalam melaporkan seorang remaja lelaki diculik kemudian dibogelkan sebelum dibalut kain putih seperti dikafan dan seterusnya dipuja dari waktu Maghrib sehingga Subuh. Remaja itu yang hanya mahu dikenali sebagai Azmi, 19, berkata, lebih menyeksakan, kumpulan individu berjubah hitam itu turut menjerut kemaluannya selain menderanya dengan pelbagai cara apabila dia melawan. Azmi berkata, dia diculik ketika berjalan kaki untuk ke kedai berhampiran rumahnya di sini kira-kira jam 5 petang pada 1 Januari lalu, sebelum dibebaskan pagi Sabtu lalu.
Menurutnya, kejadian diculik dan dipuja itu bukan kali pertama berlaku ke atasnya, malah yang keempat dengan tiga kejadian lagi berlaku pada Jun dan November lalu.

No comments:

Post a Comment