Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday 11 January 2014

Sultan Melaka kempunan, tuntutan ditolak!

Nampaknya “Sultan Melaka” bernasib tak baik kerana tuntutannya untuk menuntut taktha di Melaka ditolak. Ia dijelaskan  Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

KM Menteri Melaka meminta pihak pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap Raja Noor Jan Shah Raja Tuah kerana mencabar Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Melaka satu daripada negeri ditadbir dan diurus wakil Persekutuan selaku ketua negeri iaitu Yang Dipertua Negeri Melaka yang dilantik Yang di-Pertuan Agong.



Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri Melaka akan meneliti perkara tersebut dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan dakwaan mengelirukan terhadap status kesultanan negeri itu.

“Tuntutan sebegini dibuat semasa Melaka menjadi antara negeri termaju di Malaysia…ini tidak lain cubaan mengambil kesempatan terhadap kemakmuran dan keharmonian Melaka,” kata Idris Haron dalam sidang medianya.

No comments:

Post a Comment