Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday 11 January 2014

Sultan Melaka tawar jatawan Mufti kepada Dr Asri

Lagi cerita tentang “Sultan Melaka”. Kalau sebelum ini Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron menolak tuntutan yang dibuat oleh Raja Noor Jan Shah Raja Tuah untuk mendapat taktha Melaka, kali ini tersebar pula tweet yang mempelawa bekas Mufti Perlis, Dr Asri jawatan Mufti Melaka.

Pada mulanya Dr Asri bertanya Raja Noor Jan kenapa nak sangat menjadi Sultan.



“Kenapa nak jadi Sultan sangat?” kata DrMAZA dalam tweetnya melalui akaun Twitter beliau @realDrMAZA.

Membalas tweet dari DrMAZA, Raja Noor Jan berkata bukan kehendak beliau untuk menjadi Sultan tetapi ia kehendak negeri.

“Bukan ‘beta’ yang nak jadi Sultan, negeri Melaka yang perlukan beta, Nak jadi mufti beta?” katanya sambil menawarkan jawatan Mufti Melaka kepada DrMAZA.

Dr Asri tak meneruskan pertanyaan kerana beliau tahu fasa mengarut bakal bermula.

No comments:

Post a Comment