Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday 11 January 2014

Unik, Aksi unta peluk bekas pemilik..

Unik! Itulah aksi yang ditunjukkan seekor unta tentang 'rindu'. Ingatan yang kuat, ia menunjukkan tanda rindu kepada bekas tuannya warga Arab Saudi setelah sekian lama tak berjumpa kembali.

Bekas tuannya sendiri terkejut apabila unta berkenaan berlari mendapatkannya dan membelit bekas pemilik terbabit dengan lehernya yang panjang itu.

Lelaki berkenaan dikatakan melawat ladang haiwan kepunyaan pemilik barunya kerana merindui unta yang pernah dipeliharanya itu.



Akhbar berbahasa Arab, Sada Arabic menerbitkan gambar menunjukkan petani itu dipeluk unta berkenaan dengan lehernya.

Ia membelit leher bekas pemiliknya seolah-oleh mengatakan walaupun kamu sudah menjual saya, saya masih menyayangi kamu, lapor akhbar tersebut.

Gambar berkenaan juga disiar laman sosial, segera mencetuskan pelbagai ulasan, kebanyakannya menyatakan rasa terharu berikutan kasih sayang yang ditunjukkan unta dan bekas pemiliknya.
Mereka juga terkejut dengan reaksi haiwan itu.

Walaupun lelaki berkenaan mengetahui unta itu akan mengenali beliau, beliau tidak jangka unta itu akan menunjukkan reaksi demikian terhadap manusia, lapor BH.

No comments:

Post a Comment