Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday, 2 December 2013

Gambar Penduduk Syria Lapah Singa Untuk Di Makan


Keadaan perang yang kian membimbangkan dan menyebabkan bekalan makanan menjadi kurang membuat penduduk terpaksa bertahan hidup dengan memakan haiwan, seperti yang dilaporkan oleh middleeastmonitor.com.

Pasukan rejim Basyar al-Assad sudah empat bulan mengepung wilayah Ghouta. Bekalan makanan dan ubat-ubatan di sekat masuk ke bandar itu.

Penduduk di Ghouta sebelum ini terpaksa makan daging kucing dan anjing untuk bertahan hidup dari kelaparan.

Pada bulan lalu ulama Syria mengeluarkan fatwa setiap penduduk boleh memakan daging anjing.

Selain anjing, kucing, dan keldai juga boleh dimakan. Ini lantaran tidak ada pilihan untuk menahan kelaparan.

Dalam sebuah rakaman tersebar di pelbagai rangkaian sosial, para ulama juga menyeru dunia agar membantu rakyat Syria terutama di bahagian selatan sebab konflik terus berlanjutan. "Bagaimana dunia boleh tidur nyenyak dan kenyang sementara rakyat kami kelaparan?" kata salah seorang ulama seperti disiarkan stesen televisyen Al Arabiya.

Fatwa ini bukan pertama kali dikeluarkan oleh ulama. Ketika perang sengit antara pasukan Assad dengan pemberontak di bandar Homs dan Aleppo, fatwa sama juga dikeluarkan.

Badan bantuan antarabangsa mengatakan sebenarnya sudah menyediakan bekalan bahan makanan dan bantuan lain demi daerah dilanda pertempuran, namun bekalan itu sukar masuk ke kawasan konflik dan menjangkau masyarakat awam.

No comments:

Post a Comment