Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Sunday 19 January 2014

Air kosong baik untuk kesihatan??


Tidak ada rasa apatah lagi manisan padanya. Warnanya putih dan langsung tiada gas atau karbonat. Itulah air kosong atau ramai menganggapnya air mineral yang umum mengetahui kebaikannya.
Semua orang mengetahui pengambilan air kosong atau air suam yang mencukupi memberi banyak kebaikan namun masih ramai yang mengambil sikap sambil lewa terutamanya anak muda yang lebih gemar mengambil air bergas. 
Percaya atau tidak, tetapi mengikut kajian, dalam kalangan lelaki juga, pengambilan air kosong boleh membantu menjadikan tubuh kelihatan lebih macho dan maskulin kerana air kosong adalah asas kepada kesediaan tubuh kental sebelum menjalani sebarang bentuk latihan.

Air kosong dapat membantu sistem badan. Ia akan membantu menukarkan air dalam badan yang berkurangan akibat kerja keras. Ia juga membantu sistem badan berada dalam keadaan terbaik dan bersedia. Anda tentu tidak mahu tubuh sakit-sakit akibat daripada kerja lasak.


Air kosong juga dapat membantu bentuk darah baru. Ia juga membuatkan usus besar bekerja lebih efektif dengan cara membentuk darah baru atau dalam istilah perubatan dipanggil aematopaises.

‘Mucosal fold’ pada usus besar dan usus kecil diaktifkan oleh kaedah ini, seperti teori yang menyatakan yang darah segar yang baru dihasilkan ‘musical fold’.

Apabila usus bersih, gizi makanan yang dimakan beberapa kali dalam sehari akan diserap dan dengan kerja ‘musical fold’, gizi makanan itu diubah menjadi darah baru.

Terdapat pakar yang mencadangkan air kosong perlu diminum setiap hari sebaik saja bangun tidur tanpa gosok gigi terlebih dulu. Jangan minum air kira-kira setengah jam hingga sejam setiap kali selepas makan nasi. Apatah lagi minuman keras. Jauhkan sama sekali.

Lelaki  perlu menjaga ketrampilan diri terutamanya pada aspek penjagaan tubuh badan dan kesihatan diri. Justeru dengan mengambil air kosong yang konsisten setiap hari, ia juga boleh menjamin keseimbangan itu.


Lelaki lebih terdedah dengan pengambilan makanan ringan mahupun minuman manis kerana mereka jenis yang tidak mengambil berat soal diri ataupun diet. Jadi kalau mengamalkan air kosong setiap hari, setidak-tidaknya ia mampu menjaga sistem darah dalam badan sekali gus menjadikan tubuh lebih sihat.

Walaubagaimanapun bagi golongan wanita, air kosong juga penting bagi mereka namun ia tidak perlu ditekankan kerana mereka memang jenis yang gemar mengambil air kosong setiap hari tanpa perlu disuruh.

Air kosong dapat membuatkan kulit lebih segar dan bersih. Jauh daripada penyakit seperti kencing manis dan sudah tentu akan menstabilkan sistem badan secara menyeluruh.

No comments:

Post a Comment