Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday 7 January 2014

Drebar van naik gila..

Klang: Terkejut dengan kehadiran anggota polis yang cuba menahannya, dua lelaki menaiki sebuah van bertindak ‘gila’ ketika cuba melarikan diri apabila mereka melanggar sekurang-kurangnya tiga kenderaan lain dalam kejadian di Jalan Goh Hock Huat, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, suspek berusia 30-an bersama seorang lagi rakannya dilihat anggota polis berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan sebelum anggota terbabit menghampiri mereka bagi melakukan siasatan.
Menurut sumber, bimbang ditahan, suspek terus memecut kenderaannya secara berbahaya dan melanggar beberapa kenderaan lain sebelum terkepung selepas dikejar sejauh kira-kira lima kilometer.

Sumber berkata, suspek turut melanggar kenderaan polis dan sebuah balai polis bergerak yang terletak di kawasan berhampiran dengan harapan mampu meloloskan diri.
Foto
VAN yang dipandu suspek terkepung selepas dikejar sejauh lima kilometer, semalam.

“Bagaimanapun, usaha itu hanya sia-sia apabila seorang daripada mereka, iaitu pemandu kenderaan berkenaan diberkas manakala rakannya meloloskan diri di kawasan bangunan berhampiran.

No comments:

Post a Comment