Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday 7 January 2014

Senyuman tiga arwah

Alor Setar: “Setiap malam, saya sering mimpikan arwah ayah, ibu dan along yang muncul dengan wajah tersenyum tanpa berkata apa-apa. Saya cuba untuk mengawal emosi dengan tidak menitiskan air mata kerana sudah lebih seminggu mereka pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.”
Begitu kata Atifah Norhairy, 17, apabila kerap bermimpi kehadiran kedua orang tua dan kakak sulungnya yang meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 451.6, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Sungai Buloh, Selangor, pada 30 Disember lalu.
Dalam kejadian jam 2.40 pagi itu, kereta PROTON Wira dipandu bekas anggota tentera, Norhairy Ahmad, 42, dipercayai merempuh belakang sebuah treler menyebabkan mangsa dan isterinya, Rohayati Oman, 42, dan anak perempuan mereka, Adibah, 17, meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala, dua anak pasangan itu, Ahmad Kashful Hadi, 11, dilaporkan patah kaki, manakala Athirotul Huda, 7, pula mengalami kecederaan dalaman.
Foto
MOHD Noor (kanan) menyampaikan cek sumbangan kepada Ahmad di kediamannya di Kampung Hilir, Kepala Batas. Turut bersama mereka tiga anak Allahyarham, Atifah (kiri), Ahmad Athirul dan mangsa kemalangan Ahmad Kashful (depan).

Bagaimanapun, Athirotul meninggal dunia pada 4 Januari lalu ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh (HSB) selepas koma sejak hari kejadian.

No comments:

Post a Comment