Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday 13 January 2014

VIDEO: “Kenapa emak buang Mat Nor?"

“Kenapa emak buang Mat Nor? Emak tak ada niat macam tu nak... emak mintak maaf. Macam-macam orang buat pada Mat Nor. Sabarlah nak, nanti Tuhan balas.”

Itu antara dialog awal diungkapkan dengan diiringi esak tangis dan juraian air mata oleh pemuda cacat yang dipaksa mengemis, Mohd Nor Abdullah dan ibu kandungnya, Mek Yah Yusuf, ketika dipertemukan semalam, selepas terpisah sejak 17 tahun lalu.



Pertemuan menyentuh perasaan itu yang diaturkan Harian Metro dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) berlangsung di pejabat jabatan itu di Jalan Pahang, di sini, jam 2.30 petang semalam.





Kisah Mohd Nor, 21, yang dijaga lebih 20 keluarga angkat sejak berusia empat tahun dan dipaksa mengemis oleh keluarga angkatnya yang terakhir pada Oktober lalu, disiarkan Harian Metro, Selasa lalu dan kelmarin.

Sejak melarikan diri daripada keluarga angkat terakhirnya, dia yang dilahirkan tanpa kedua-dua tangan hidup menumpang di rumah rakan dan pihak yang bersimpati kepadanya di Taman Wahyu, di sini, buat sementara waktu.



Sumber

No comments:

Post a Comment