Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday 20 January 2014

Video : Peragut Ditinggalkan Kawan, Dibelasah Orang Ramai

ALANGKAH sedih apabila peragut yang mula melakukan kegiatan jenayah bersama seorang rakan, tetapi apabila seorang daripada mereka ditahan, seorang lagi lari menyelamatkan dirinya sendiri.
Rakaman video kejadian ragut dirakamkan pada hari kejadian pada 12 Januari lepas di Damansara Uptown pada kira-kira pukul 11.45 pagi.
Ia dimuatnaik di laman YouTube dan setakat ini  telah ditonton sebanyak 32,868 kali.
Pada permulaan video itu, kelihatan dua orang lelaki memakai topi keledar memulakan percubaan meragut berdekatan sebuah bank.
Bagaimanapun, seorang lelaki India bertindak bergelut dengan peragut yang memakai topi keledar hitam seterusnya menggagalkan perbuatan jenayah itu.
Rakan peragut yang memakai topi keledar putih cuba untuk menyelamatkan rakannya tetapi kemudiannya membuat keputusan melarikan diri meninggalkan rakannya keseorangan.
Pergelutan terus berlaku selama kira-kira dua minit sebelum peragut itu berjaya ditangkap dan dibelasah.
Tidak diketahui siapa mangsa peragut berkenaan kerana rakaman dibuat dari dalam sebuah kereta oleh seorang individu yang berada berhampiran bersama keluarganya.
Tanpa bantuan dan kerjasama dari orang ramai jenayah ragut yang boleh berlaku di mana-mana tidak mungkin dapat diatasi hanya oleh anggota polis kerana ia berlaku dalam sekelip mata.
Penjenayah ragut yang biasanya melakukan kegiatan ini menggunakan motoskal juga memungkinkan mereka berada di mana-mana dan melakukan kegiatan berkenaan tanpa dirancang.
Pasti peragut itu menyesal melakukan perbuatan berkenaan apabila rakannya yang ketakutan meninggalkannya sendirian ditangkap dan dipukul oleh orang ramai.
Tidak lama selepas ditangkap, anggota polis yang menaiki sebuah kereta Preve tiba memberkas peragut berkenaan. SINARHARIAN ON9


No comments:

Post a Comment